Tutorial} rendang ayam azie kitchen. Santapan Senja | Rendang Ayam Azie Kitchen ~ memang waktu ini sedang banyak dicari oleh sebagian orang disekitar kita, mungkin salah satunya anda. Masyarakat jaman now memang telah terbiasa memanfaatkan internet di ponsel untuk mendapatkan informasi gambar maupun video untuk dijadikan ide dan sesuai judul postingan kali ini admin akan membahas tentang
9/29/2015 Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam. Hari Raya kali ini agak mendukacitakan bila mendapat tahu pemergian ke Rahmatullah Ustaz Abdul Rasyid dari Tahfiz Ar Rasyid Sg Udang Kelang. Kematian pasti terjadi kepada semua makhluk yang bernyawa. Kita yang masih hidup, perlu menggunakan peluang yang ada untuk menambahkan amalan soleh sebelum kita menyesal. Bila menyentuh bab menyesal, saya ingin kongsikan bahawa saya memang tengah kemaruk hendak membeli handbag baru. Saya rasa amat menyesal kerana beberapa tahun dahulu, kawan saya Dr Mazlina mahu tolong membelikan handbag di Heathrow dengan harga RM6500 tetapi ketika itu, saya teragak agak. Beliau pula hampir berangkat balik. Masa tu, belum ada whatsApp, cuma berkomunikasi melalui email. Email pula bukan terus delivered, kena tunggu beberapa minit. Sekarang harganya telah melebihi dari RM15000. Jadi setiap kali teringat peristiwa ini, saya akan rasa sangat menyesal kerana tidak membeli bag tersebut ketika itu. Dalam masa yang sama, saya berkata sendirian, bagaimana pulak, jika selepas mati, menyesal selama lamanya kerana tidak membuat amalan soleh yang banyak ketika hidup di dunia? Bayangkan dengan urusan dunia pun saya boleh menyesal bertahun tahun. Sebelum kita menyesal, lebih baik kita mula berbuat sesuatu mulai sekarang. Berbalik kepada bab Aidil Adha, saya selalu mendengar ucapan yang mengatakan di Kelantan Hari Raya Adha yang meriah. Pada mulanya saya pun tak mengerti mengapa ianya dikatakan begitu. Adakah kerana ianya diberi cuti selama 2 hari bagi hari Raya Aidil Adha. Hanya setelah ada sedikit ilmu barulah saya faham yang bagi umat Islam seharusnya hari raya Aidil Adha yang disambut dengan meriah kerana adanya ibadah korban yang dibuat pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Berkorban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut kepada semua yang mampu untuk melakukannya setiap tahun sebgai tanda kesyukuran kepada Allah. Saya menyediakan Rendang Ayam ini untuk dimakan dipagi raya bersama dengan lemang yang hubby tempah. Bercakap pasal hidangan pagi raya, adalah diingatkan bahawa adalah sunat untuk kita tidak bersarapan sebelum mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidil Adha berbeza dengan Hari raya Aidil Fitri di mana kita disunatkan makan terlebih dahulu. Berbalik pada rendang, sebenarnya memasak rendang ini sangat mudah dan cepat. Sesiapa pun boleh memasak rendang. Rendang adalah masakan baru pada saya kerana sejak kecil, kami tidak pernah memasak rendang. Setelah bekerja, berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkahwin, barulah saya mengenali masakan rendang. Boleh sahaja jika ingin menggunakan bawang merah yang dihiris, tetapi saya tidak punya banyak masa kerana berkesempatan memasak hanya di malam raya. Badan pun telah kepenatan setelah seharian bekerja. Jadi semua bahan hanya dikisar sahaja. Kali ini saya meletakkan buah keras untuk menambah lemak seperti mana juga saya memasukkan buah keras dalam sambal tumis. Jom layan resepi mudah yang saya gunakan pada hari ini. Rendang Ayam Mudah dan Sedap 1 ekor ayam 1 kilo santan - guna 1 santan kotak 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit - dihiris halus Minyak untuk menumis Garam Gula/gula merah 20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar 2 labu bawang besar 6-8 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup 4 batang serai 3 inci halia 3 inci lengkuas 2 biji buah keras Cara-cara Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Silarujuk resepi bingka ubi yang dikongsikan oleh Cik Puan. Home Unlabelled Resepi Bingka Ubi Azie Kitchen - Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan - Resepi Azie Kitchen. Enam ratus gram ubi kayu parut siap parut terus saya timbang Satu kotak santan 200 ml sedikit air menjadi satu cawan.
7/11/2017 Saya pernah beli Pulut Kuning dan Rendang yang dijual oleh Zarina Zainuddin. Saya kagum melihat kegigihan beliau berniaga pulut kuning demi menyara keluarga. Bila melihat Pulut Kuning yang dijual oleh Zarina Zainuddin, saya menjadi teringin untuk membuatnya. Maklum jika dibeli, harga satu bekas ialah RM15. Jadi lebih jimat jika dibuat sendiri. Kebetulan pula, besan kami datang beraya. Jadi saya memberitahu Nana yang saya ingin memasak pulut kuning dan rendang ayam ketika kami merancang menu yang ingin disediakan. Menu lain lain, Nana dan Juita dengan dibantu oleh Boy yang menyediakan. Boleh klik untuk melihat langkah demi langkah secara bergambar yang saya sediakan di SINI dan SINI. Saya belajar dari kakak ipar saya yang santan perlu masin, supaya bila bergaul dengan pulut, akan menjadi secukup rasa. Mesti masin "pperak", kalau istilah orang Kelantan. Seolah masin yang terlebih masin atau sangat masin lah. Saya mengesyorkan anda mencuba menyediakan sendiri Pulut Kuning kerana kalau dulu dulu, pulut kuning disediakan oleh orang tua tua. Kita tak ambil peduli nak belajar, bila dah tak ada orang tua tua, kitalah yang kena menyediakan sendiri pulut kuning bagi mengekalkan makanan tradisi orang Melayu. Pulut kuning hari ini dimakan dengan dicicah dengan Rendang Ayam. Entah kenapa rendang ayam saya hari ini rasa tersangat win. Mungkin rendang ayam paling sedap tahun 2017. Hahaha kerana saya belum lagi memasak rendang tahun ini. Rendang ayam ini telah dibuat sedikit modifikasi. Tunggukan bila saya update blog untuk resepi dan juga video penyediaannnya. Jom layan resepi yang saya tulis semula di bawah ini dan layan video yang telah saya kongsikan dalam Instagram Azie Kitchen untuk video penyediaan dan juga youtube Azie Kitchen channel di SINI dan untuk video Pulut kuning di SINI. Bagi yang belum follow facebook Azie Kitchen, boleh klik link di SINI. Pulut Kuning Kukus Yang Lembut 500 gram beras pulut susu 1 keping asam keping - untuk menjadikan pulut berkilat 1 sudu besar kunyit serbuk - opsyenal 1 inci kunyit hidup - tumbuk dan tapis air 1 -2 cawan santan pekat - boleh tambah Sedikit minyak masak, jika guna santan kotak - opsyenal Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 - 2 jam, bergantung kepada jenis beras pulut. Jika beras pulut susu, sekejap sahaja sudah memadai. Semasa direndam kacau beberapa kali supaya warna sekata. Boleh juga masuk sedikit minyak masa merendam pulut. Panaskan pengukus hingga air mendidih. Tos beras pulut. Masukkan ke dalam periuk pengukus yang telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan. Ketika dikukus, kacau sekali sekala supaya ianya masak sekata. Kukuskan selama 20-25 minit atau sehingga masak. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah digaulkan dengan garam sehingga santan semua meliputi pulut. Biarkan dalam 5 minit agar santan menyerapkan ke dalam pulut. Setelah itu, kacau dan arung pulut dan santan tadi selama 10-15 minit sehingga sebati dan nampak seolah-olah berminyak. Pastikan tiada pulut yang berketul. Jika rasa kurang santan, boleh tambah santan dan kacau lagi hingga sebati. Kacau ketika pulut dan santan masih panas. Jika telah sejuk, kurang menjadi dan pulut mungkin akan menjadi keras. Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sekali selama 15-20 minit atau sehingga masak. Boleh tutup api dapur dan masukkan dalam mangkuk besar. Taburkan sedikit gula dan kacau rata bagi menjadikan pulut bersinar cantik. Ada juga yang memasak santan terlebih dahulu, sambil dikacau supaya tidak pecah minyak. Tuang ke atas pulut. Tak perlu dikukus lagi. Ada juga yang memasukkan santan cair dahulu dan kukus kali kedua. Kemudian masukkan pati santan yang dicampur dengan garam dan digaul dengan pulut ketika panas. Pulut siap. Pulut panas akan memasakkan santan. Pulut kuning yang sedap perlu ada rasa masin dan manis yang seimbang. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
WalmartHankook Kinergy St H735. Resepi chicken wrap azie kitchen. Resepi aglio olio telur ayam, resepi aglio olio telluride, resepi aglio olio telur asin, resepi aglio olio telur masin, resepi aglio olio te. Resepi telur bistik, sangat mudah dan sedap serta menjadi kegemaran anak sulung che nom.Setiap kali menjelang raya, kami akan singgah di Batu Gajah untuk membeli rendang tok yang dijual di Bazar Ramadhan dalam perjalanan balik ke kampung suami di Parit Perak. Memang sedap kerana rendang tok memang berasal dari negeri belajar memasak rendang tok dari arwah Bonda Mertua. Beberapa kali juga memasak sama sama dengan arwah sehingga saya dah boleh menghafal bahan bahannya. Balik Kelantan pun saya menyediakan rendang tok menggunakan daging Korban. Saya mengajar bekas pembantu rumah saya, Sri Handayani dan beliau juga boleh memasak dengan sedap. Seperti biasalah bila pembantu rumah dah pandai, semua bahan disediakan beliau. Jadi lama lama kelamaan saya menjadi lupa sukatan bahan bahannya. Walaupun saya ingat semua bahan bahan yang digunakan. Resipi bonda mertua lagi mudah, campakkan semua bahan ke dalam kuali bersama daging, tak perap. Kemudian masak sehingga air daging keluar dan kering, baru dimasukkan santan. Kacaulah sehingga kuah kering yang disukai. Itu semua tinggal kenangan, saya kini merujuk kepada kakak ipar untuk memasak rendang tok kerana beliau juga orang Perak. Sayang sebenarnya kerana resipi tradisionak macam ni, jika tak disimpan betul betul, akan hilang meriahnya. Bila Bonda Mertua meninggal, kami pun dah tak balik kampung lagi. Sekarang beraya hanya di rumah sendiri. Kerana kami menpunyai anak anak yang telah berkahwin yang juga bergilir beraya di rumah mertua mereka pula. Saya beruntung kerana berbesan dengan orang orang di sekitar lembah Klang sahaja. Sebelah tengahari baru bertolak untuk beraya rumah kawan kawan atau saudara mara. Haa itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana saya belajar menyediakan rendang tok kerana saya orang Kelantan. Bukan orang Perak. Tapi minat saya untuk belajar resipi masakan tradisional sangat tinggi. Bukanlah sangat kerana nak makan, kalau sekadar nak makan beli sekilo pun dah cukup. Jadi kalau nak cuba masak rendang tok, boleh guna resipi di bawah ini. Lebih lebih lagi orang Perak, kenalah pandai dengan resipi tradisi negeri mereka. Tak boleh nak harapkan orang tua tua lagi. Saya dulu mesti nak belajar, soal masak atau tidak, itu belakang kira. Yang penting resipi ada kat tangan. Jadi kalau nak belajar, boleh beli buku resipi Azie Kitchen, Hebat Di Dapur. Ada resipi rendang tok di layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa menonton video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....Rendang Tok Oleh Azie Kitchen Bahan A1 kilo daging - potong kiub saiz sederhana4-5 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai3 kuntum bunga lawang, 1 batang kulit kayu manis, 3 inci biji buah pelaga5 biji bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hirisBahan B kisar halus5 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas5 batang seraiBahan C1 sudu besar jintan kasar/jintan manis1 sudu besar jintan halus/jintan putih1 sudu besar biji ketumbarBahan D3 sudu besar kerisik1 keping gula melaka - 90 gram1 ½ helai daun kunyit - hiris1 kg santan segar pekat1 keping asam kepingSedikit belacan- opsyenalSedikit gula1 ½ sudu besar Knorr Pasti SedapCara caraBahan C digoreng tanpa minyak dan tumbuk bahan A, B dan C ke dalam periuk. Gaul dan perap dengan daging selama 4 jam. Nota lebih sedap jika diperap atas api perlahan sehingga air kering. Kemudian, masukkan santan. Kacau atas api perlahan selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka dan sedikit sehingga daging mula empuk dan berwarna agak hitam dan kering dan supaya tidak sekali masukkan asam keping dan daun kunyit. Tambah garam, jika perlu Kacau rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah ini lebih sedap dan mesra selepas sehari dimasak.
8L0VeCc.